Apa kita nak buat kalau anak demam panas tiba-tiba waktu malam?

400401387_184962187998877_6527414868375452007_n
Risau kan kalau demam anak tak kebah sampai esok pagi takkan kita nak MC lagi? Asyik MC sebab anak demam, apa pula kata boss nanti. 
Tapi anak pula demam bukan biasa-biasa, panas teruk.  
Tenang ibu ayah. Ini tips untuk ibu ayah. Simpan tips ini elok-elok. Apa ibu ayah boleh buat bila anak demam panas :
1)      Pastikan anak betul-betul demam. Biasanya badan anak akan rasa lebih panas menjelang tengah malam. Atau, anak anda jadi lesu, meragam atau nampak keliru luar dari kebiasaan. Bila cek suhu badan, suhu dah lebih 37.5’C. Dan demam itu akan dianggap tinggi jika suhu badan anak-anak mencecah lebih 38.5’C. Kadang-kadang badan hanya panas kerana perubahan cuaca, bukannya demam. Jadi ibu ayah perlu periksa suhu badan bagi memastikannya.
2)      Tukarkan pakaian anak kepada yang selesa. Pakaikan pakaian yang nipis dan sejuk bagi memudahkan haba keluar dari badan. Jangan bungkus anak dengan selimut tebal atau baju tebal. Jangan paksa anak berpeluh begitu, itu membahayakan anak sebenarnya.
3)      Anak-anak yang dilanda demam tinggi memerlukan lebih banyak cecair. Itu sebabnya jika anak kita warded di hospital, anak akan dimasukkan dengan ‘air’ di tangan. Jika di rumah, kita boleh berikan air kosong dengan kerap secara perlahan-lahan. Jika boleh, bawa anak mandi dengan menggunakan air pada suhu bilik. Elakkan menggunakan air berais – itu akan menyebabkan suhu badan meningkat lebih tinggi.
4)      Pengambilan probiotik. Probiotik membantu meningkatkan sistem imun dan mengembalikan keseimbangan flora usus yang mungkin terganggu oleh kehadiran bakteria jahat yang banyak. Suplemen Probiotik yang bersesuaian dapat membantu anak pulih lebih cepat. Probiotik (bakteria baik) akan memerangi bakteria jahat, dan meningkatkan imun badan menjadi lebih baik. Bagaimanapun, jika anak anda ada mengambil ubatan lain, disarankan berbincang terlebih dahulu dengan doktor mengenai pengambilan probiotik.
5)      Lap badan anak dengan kain yang kita basahkan dengan air pada suhu bilik. Itu akan membantu suhu badan anak turun lebih cepat. Panas dari dalam badan akan timbul ke permukaan dan di bawa keluar dari badan setiap kali kita mengelap badan anak. Ingat! Basahkan dengan air pada suhu bilik, bukannya air panas atau air berais. Ikthiar ini juga dikenali sebagai tepid sponging.
6)      Biarkan anak berehat. Pastikan anak dapat tidur yang cukup. Tidak perlu memaksa anak-anak kekal aktif jika mereka sudah tidak larat lagi. Bantu mereka memulihkan selera makan secara perlahan-lahan dengan makanan berkhasiat.
7)      Pantau gejala lain. Jika timbul tanda seperti ruam, muntah-muntah atau susah bernafas, cepat dapatkan rawatan di hospital. Jangan berlengah lagi.
😎      Pergi ke klinik atau hospital jika demam masih tidak turun dan demam jadi berpanjangan. Apatah lagi jika suhu badan hampir mencecah 40’C. Wajib cepat ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
9)      Kekal tenang dan sabar. Ibu ayah mesti kekal tenang supaya dapat memantau anak dengan baik.
Pastikan ibu ayah memantau anak-anak yang demam sebaiknya. Jangan pandang enteng akan demam panas kerana kita tidak mahu membiarkan demamnya meningkat terlalu tinggi hingga membawa kepada risiko sawan dan lain-lain.
Dengan langkah pencegahan awal, insya-Allah demam anak boleh kebah lebih cepat. Kita pun tidak risau demamnya jadi berpanjangan. Bantu anak untuk recover lebih cepat dengan langkah-langkah di atas.
Kami mendoakan ibu ayah kekal tenang ketika menangani anak-anak yang demam tinggi pada waktu malam. Semoga anak-anak kita terhindar dari penyakit berbahaya dan demam yang teruk. Amin..

Produk Berkaitan