Kenapa kita kena makan probiotik

Kenapa pula zaman ini orang asyik cakap kita kena makan probiotik? Zaman dulu tak ada pun orang sibuk cerita pasal probiotik?
Dalam artikel kali ini, Kaussar mahu berkongsi kepada para pembaca tentang sistem badan manusia. Dan betapa signifikannya probiotik kepada kesihatan kita di zaman moden ini.
Tahukah para pembaca? Badan manusia terdiri daripada banyak sistem badan, bukan satu sahaja tetapi ada banyak lagi :
·         Sistem Integumen
·         Sistem Muskuloskeletal
·         Sistem Kardiovaskular
·         Sistem Pernafasan
·         Sistem Pencernaan
·         Sistem Saraf
·         Sistem Endokrin
·         Sistem Urinari
·         Sistem Pembiakan
·         Sistem Limfatik
·         Sistem Deria
Setiap sistem ini mempunyai tugasannya yang tersendiri. Kerjasama dan hubung kait setiap sistem berlangsung dengan efektif, dan kesannya dirasai oleh manusia sebagai satu nikmat hidup sihat.
Badan kita mampu untuk mencerna makanan, jadi kita mendapat nutrien yang cukup untuk badan. Kita mampu respon kepada ancaman, jadi badan kita meningkatkan hormon kortisol untuk memberi perlindungan kepada diri. Kita mampu menyingkirkan toksin dari badan, mampu berpeluh, dan bermacam perkara lagi.
Kesemua sistem ini wujud dalam badan manusia pada kadaran yang sepatutnya.
Untuk lebih mudah memahaminya, kita lihat badan manusia seperti sebuah kereta. Dalam sebuah kereta ada banyak sistem yang terlibat bagi membolehkan kereta ini berfungsi dengan baik. Jika salah satu sistem ini malfunction, kereta tidak akan terus rosak, tetapi ia akan gagal berfungsi pada kadar optimum perlahan-lahan.
Sampailah kereta rosak teruk dan tak boleh bergerak lagi.
Hanya bila kita restore semula sistem kereta ini setiap satunya (baiki), baru kereta kita boleh berfungsi semula.
Apa akan jadi pula bila ada komponen dalam badan yang mulai malfunction? Seluruh sistem badan yang lain akan cuba secara perlahan-lahan react kepada perubahan ini, kerana manusia tetap perlu terus hidup walaupun sistem badan mengesan perubahan.
Contohnya, bagi seseorang yang kerap mengamalkan diet yang tinggi makanan proses, tinggi gula, makan dengan kerap; hormon insulin dalam darah mereka akan kekal tinggi. Dalam tempoh jangka masa panjang ia menyebabkan kerintangan insulin. Lama kelamaan ia akan mengundang penyakit kronik yang digeruni : kencing manis.
Pada asalnya badan cuba bertahan dengan cara adapt kepada kemasukan glukosa yang tinggi dalam darah, tapi lama kelamaan ia sudah tidak mampu lagi. Barulah kita mendapat gejala-gejala yang lebih nyata, barulah kita sedar kita sebenarnya sudah lama sakit…
Dengan konsep yang sama, kita dapat memahami lebih lagi tentang sistem pencernaan (digestive system). Sistem pencernaan manusia bermula dari mulut hingga ke dubur. Dalam sepanjang sistem ini, wujudnya usus kecil dan usus besar.
Dalam usus kecil dan usus besar ini, secara semulajadinya wujud kumpulan bakteria, fungi, virus dan lain-lain yang membentuk flora usus. Begitu pun jumlah bakteria baik sentiasa mengatasi kumpulan yang lain, itu sebabnya manusia sukar dijangkiti bakteria dan kuman. Tetapi, bila mana bakteria baik menjadi tidak dominan dalam usus, seseorang itu akan mudah mendapat jangkitan.
Antara perkara lain yang berhubungkait dengan kesihatan usus termasuklah :
·         Usus mempengaruhi fungsi badan
·         Usus mempengaruhi sistem imuniti badan
·         Usus mempengaruhi penghasilan hormon tertentu
Jadi, jika bahagian usus manusia ini tidak sihat, sistem lain yang berhubungkait dengannya akan turut terjejas. Itu yang kemudiannya menyebabkan manusia mudah mendapat jangkitan selsema, batuk panjang, kembung perut, sembelit, gangguan emosi, stress kronik dan lain-lain.
Pada masa dahulu manusia memperoleh sumber bakteria baik daripada makanan yang diperam. Maklumlah, zaman dahulu kita tidak ada teknologi peti ais bagi menyimpan banyak makanan.
Jadi makanan banyak yang diperam bagi memastikan ia tahan lebih lama. Makanan yang diperam diketahui mengandungi banyak bakteria baik.
Tetapi pada zaman ini, diet manusia sudah berubah. Kita dihidangkan dengan makanan berproses tinggi, makanan tinggi gula, fast food dan lain-lain. Makanan begini bukan sahaja merosakkan badan dalam jangka masa panjang, ia juga tidak mengandungi bakteria baik dan rendah fiber.
Tanpa pemakanan yang baik, usus kita akan menderita jauh lebih kronik.
Itu sebabnya zaman ini lebih ramai orang mudah jatuh sakit walaupun dunia makin moden.
Di Kaussar kami sentiasa percaya manusia memerlukan supply bakteria baik secara mencukupi bagi memastikan kesihatan usus sentiasa optimum. Atas sebab itu kami menghasilkan produk Probiotik dan Prebiotik Kaussar.
Jangan lupa jaga usus masing-masing! Apabila usus sihat, badan pun akan jadi lebih sihat.


Untitled design (1)

Produk Berkaitan