Ketahui tangani masalah asma

Siapa sini ada asma? Mungkin anda sama macam Mak Lang, pelanggan setia kami. Mak Lang merupakan salah seorang pelanggan Kaussar yang telah merasakan perubahan ketara pada situasi asma yang dihidapi selepas hanya beberapa hari mengamalkan Probiotik dan Prebiotik Kaussar. Mak Lang diperkenalkan kepada Kaussar menerusi anak buahnya yang juga pengguna Kaussar.
Apa yang kita tahu tentang asma?
 Asma merupakan keadaan di mana saluran pernafasan seseorang menjadi terlalu sensitif terhadap alergen. Bila seseorang itu terdedah kepada habuk, asap rokok dan lain-lain; saluran pernafasannya akan meradang (inflammed). Kesannya, kahak akan terhasil secara berlebihan bagi memerangkap partikel tersebut dan mengakibatkan saluran pernafasan menjadi sempit. Aliran oksigen ke paru-paru juga menjadi terhad dalam sekelip mata.
Itu jadinya bila diserang asma, seseorang itu akan berasa sesak dada, sukar bernafas, nafas berbunyi wisel dan kerap batuk terutamanya waktu pagi dan malam. Susah nak bernafas dengan saluran pernafasan yang menyempit ini.
Dan bagi Mak Lang pelanggan kami, dia berasa semput lebih lagi bila naik tangga walau baru sampai tingkat 3. Tak mampu nak teruskan katanya.
Tetapi lain jadinya pada Mak Lang selepas mengamalkan Probiotik dan Prebiotik Kaussar. Selepas beberapa hari Mak Lang beri feedback yang badannya rasa ringan. Asma rasa kurang dari biasa dan tak penat macam biasa. Dah boleh naik tangga sampai tingkat 5 tanpa rasa semput!
Ajaib? Pasti ada penjelasan secara sains bagaimana Probiotik dan Prebiotik Kaussar membantu pesakit asma seperti Mak Lang.
Kita berkenalan dulu dengan Probiotik dan Prebiotik.
Apa itu Probiotik? Probiotik adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus. Ya, dalam usus kita ada bakteria hidup! Selain bakteria baik, ada juga bakteria jahat,  dan lain-lain mikrob mendiami usus yang sama. Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria baik. Dengan kombinasi keduanya, dapatlah bakteria baik hidup sihat sejahtera di dalam usus kita.
Apa pentingnya ada bakteria baik dalam usus? Kenapa kita nak pastikan ia hidup sihat sejahtera di sana?
Jika kita buat carian lanjut, kita akan dapati bakteria baik sangat mempengaruhi kesihatan usus. Tanpa bakteria baik, usus akan jadi tak sihat kerana didominasi bakteria jahat. Usus yang tidak sihat inilah yang akan merosakkan badan manusia dan menjadi pencetus kepada banyak masalah kesihatan lain.
Apa kaitan antara probiotik dengan asma pula?
Probiotik dilaporkan dapat memperkuat sistem imun mukosa tubuh. Sistem imun mukosa adalah bahagian penting dalam sistem imuniti badan yang berperanan mengenal pasti apa yang masuk dalam tubuh – patogen berbahaya atau antigen tak berbahaya.
Jika sistem imun mukosa ini berfungsi seperti biasa, badan tidak akan terlebih sensitif kepada kehadiran alergen yang tidak berbahaya kepada badan. Tetapi bagi penghidap asma, sistem imun mukosa mereka menjadi sangat sensitif sehinggakan ia lekas memberi reaksi dan mengeluarkan kahak berlebihan.
Kesannya, kita jadi sesak nafas, pendek nafas, semput! Walhal kita hanya terdedah kepada sedikit habuk yang tidak pun merbahaya..
Dengan pengambilan probiotik, kita dapat meningkatkan kesihatan usus. Dan kesihatan usus akan meningkatkan sistem imuniti tubuh secara keseluruhannya.
Ya sistem imun badan kita jadi lebih bijak mengenal pasti jika sesuatu alergen itu berbahaya atau tidak. Jadi, tidak wujud lagi respon secara berlebihan kepada persekitaran hingga mencetuskan serangan asma tak tentu hala.
Sebagai contoh, bila sistem imun jadi semakin hebat, ia sudah pandai membezakan yang sedikit debu biasa tidaklah berbahaya, jadi tidak perlu hasilkan kahak secara berlebihan. Maka tidak terjadilah penyempitan saluran pernafasan, dan tiadalah serangan asma seperti biasa..
Itulah yang terjadi pada Mak Lang. Pengambilan Probiotik dan Prebiotik Kaussar telah membantu Mak Lang meningkatkan sistem imuniti tubuh seterusnya menjadikan sistem imun mukosa Mak Lang tidak over-sensitive seperti keadaan sebelumnya.
Mak Lang makin sihat dan kurang semput, asbab berikhtiar dengan Probiotik dan Prebiotik Kaussar.
Anda kenal sesiapa yang ada asma yang teruk? Mungkin individu itu memerlukan Probiotik dan Prebiotik Kaussar. Sampaikan informasi ini kepada mereka.
Lapang bernafas tanpa rasa semput, hidup ceria dengan Kaussar.



399126043_182398794921883_1089078563045809591_n

Produk Berkaitan