Masalah Juandice Merisikokan perut bayi yang belum matang!

398229638_181284395033323_6951567424460405045_n (1)


“Merisikokan perut bayi yang belum matang!” Inilah komen orang ramai bila kami memuat naik video testimoni Jaundice di media sosial. Katanya bila kita beri probiotik pada bayi, kita merisikokan perut bayi yang belum matang.
Artikel ini kami tulis bagi menjawab kerisauan ramai ibu ayah tentang consumption probiotik oleh bayi yang menghidap neonatal jaundice.
Baik, apa yang dimaksudkan dengan neonatal jaundice? Di Malaysia, ia lebih terkenal sebagai sakit kuning. Ia adalah situasi normal yang dialami 2.4-15% bayi yang baru lahir (kira-kira dua minggu pertama selepas kelahiran).
Bayi yang mengalami jaundice biasanya kita nampak ada kekuningan pada tubuh badan. Mulanya kita akan nampak ia pada bahagian anak mata, diikuti muka dan bahagian badan yang lain.
Secara normalnya, majoriti sakit kuning ini akan hilang dalam tempoh satu minggu. Ia diatasi dengan cara meningkatkan kekerapan penyusuan badan. Ini akan membolehkan badan memproses bilirubin keluar dari badan lebih cepat.
Tapi, bagi bayi yang jaundice mereka teruk, mereka mungkin perlu ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan phototheraphy. Cuma dalam zaman ini, kalau kita tengok bukan semua bayi dapat warded walaupun bacaan kuning mereka tinggi. Fasiliti hospital penuh dan tidak dapat menempatkan kesemua kes jaundice, keutamaan diberikan kepada mereka yang benar memerlukan.
Jadi banyaklah ikhtiar orang kita untuk memastikan anak pulih jaundice lebih cepat. Bermacam petua diberi kepada bayi, entahkan ada disokong fakta atau pun tidak. Kita pun tak tahu. Tapi ibu bapa terdesak nak anak sihat cepat, mereka mencuba.
Terbaru, bila banyak ibu ayah menggunakan Probiotik Kaussar kepada bayi mereka yang jaundice, timbullah komen seperti di atas tadi. Kami faham kerisauan masyarakat tentang penggunaan probiotik.
Izinkan kami berkongsi kepada para pembaca tentang satu kajian berkaitan jaundice. Pada 2017, Jabatan Pediatrik dan Patologi Klinikal (Fakulti Perubahan Universiti Al Azhar) telah menjalankan satu kajian ke atas 100 orang bayi cukup bulan yang disahkan mengalami pathological hyperbilirubinemia. 50 orang bayi diberikan rawatan phototheraphy, dan 50 bayi lagi diberikan gabungan phototheraphy dan probiotik (lactobacillus).
Hasil kajian mendapati bayi yang menerima rawatan gabungan pothotheraphy dan probiotik sembuh lebih cepat daripada jaundice berbanding bayi yang menerima rawatan phototheraphy sahaja.
Dan bukan ini sahaja kajian tentang pengambilan probiotik dan kesannya pada kes-kes jaundice. Para pembaca boleh buat carian kertas kajian (research paper) di internet, ada banyak bahan bacaan sokongan kepada penggunaan probiotik dalam membantu bayi lebih cepat sembuh daripada jaundice.
Tim Kaussar sendiri telah membantu ramai ibu bapa yang anak mereka menghidapi jaundice, termasuklah kes-kes prolonged jaundice. Dengan hanya setitis probiotik kepada bayi, bacaan kuning bayi cepat berkurangan dalam tempoh 2-3 hari selepas pengambilan.
Apa pentingnya kita nak bayi recover cepat dari jaundice? Kata orang biasanya jaundice tidak mendatangkan bahaya serius (bagi kes dengan durasi biasa).
Kita nak bayi cepat sihat dan dapat fokus kepada tumbesarannya. Yang jauh lebih penting, kita mahu elakkan para ibu yang berpantang dari stress melampau gara-gara anak yang tidak pulih dari jaundice.
Ya, kita tak mahu ibu-ibu berpantang stress sampai terkena post partum depression (PPD). Sudahlah trauma proses kelahiran belum hilang, ditambah pula stress anak jaundice.. Kasihan… Bayangkanlah ibu-ibu berpantang ini berulang alik ke hospital dalam keadaan berpantang, hanya untuk check up jaundice anak?
Bantu bayi jaundice sembuh lebih cepat dengan Kaussar. Ia sudah mulai digunakan secara meluas bagi membantu ramai bayi sembuh lebih cepat. Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa mendapatkan sedikit penceraan tentang pengambilan probiotik sebagai ikhtiar merawat masalah jaundice bayi.


398229638_181284395033323_6951567424460405045_n

Produk Berkaitan