Penyelesaian masalah anxiety

Siapa sini ada gangguan anxiety? Ini cerita tentang Puan Zaliha yang mengalami gangguan anxiety. Puan Zaliha yang berkhidmat dalam sektor Oil & Gas ini diperkenalkan kepada Kaussar menerusi sepupunya yang juga stokis produk kami.
Bila Puan Zaliha kenang semula masa anxiety teruk dulu, macam-macam cara telah dia usahakan. Tapi setiap kali serangan anxiety terjadi, boleh kata apa yang diikhtiarkan tak dapat membantu Puan Zaliha mengawal emosi.
Setiap kali itulah dia rasa sangat berdebar sampai berpeluh dahi. Tangan rasa sejuk dan shaking. Otak pun tak boleh fokus apa-apa pada waktu itu. Mudah gabra tidak tentu hala.
Puan Zaliha kata bila dia masuk bilik air untuk mandi waktu tengahari, dia mula fikir yang bukan-bukan. Mana tidaknya, masa tengahari tak ada orang lain dalam rumah, hanya dia seorang diri. Dia selalu terfikir, “Kalau masuk bilik air ni, confirm aku jatuh, aku mati”. Jadi dia sanggup tunggu sampai suaminya balik kerja sebelah petang, baru pergi mandi. Itu pun bila keluar dari bilik air, satu badan rasa shaking. Takut! Kena berselimut toto tebal baru rasa lebih tenang.
Hari-hari lain pula, Puan Zaliha selalu fikir dirinya akan mati. Mati akan menjengah tak lama lagi. Sentiasa berada dalam kesedihan dan kesugulan.
Dahsyat kan kerisauan yang melanda Puan Zaliha? Tak normal nak rasa begitu setiap hari.
Tapi sejak konsisten mengamalkan Probiotik dan Prebiotik Kaussar, dia melaporkan perbezaan yang ketara pada gejala anxiety yang dihadapi. Dia merasa lebih tenang, lebih mudah berlapang dada dan mampu react pada situasi-situasi harian tanpa perasaan takut yang berlebihan. Dia rasa lebih in control terhadap diri sendiri.
Mungkin anda yang membaca pun mengalami gangguan anxiety, atau ada orang tersayang yang menghadapinya. Nak tahu tak bagaimana Probiotik Kaussar dapat memberi perubahan kepada kehidupan Puan Zaliha?
Pertama sekali, kita perlu fahamkan apakah itu Anxiety. Majoriti manusia di dunia ini pernah mengalami gangguan Anxiety. Mereka cepat berasa resah, takut terhadap bayangan perkara yang mungkin terjadi atau menimpa mereka. Secara normalnya, gangguan anxiety ini boleh berlarutan beberapa minggu.
Mereka yang mengalami gangguan anxiety biasanya mengalami gejala seperti cemas berpanjangan, jantung berdegup terlalu cepat, kerap berdebar, insomnia (susah tidur waktu malam), rasa sukar fokus, brain fog, muscle cramp, terasa susah menelan seperti ada rasa tercekik pada kerongkong.
Gejala ini biasanya boleh hilang selari dengan individu itu sendiri berjaya mengurus kesihatannya. Tetapi ada ketikanya gejala ini berterusan berbulan-bulan dan pada peringkat ini ia bukan lagi Anxiety biasa, ia sudah bertukar kepada Anxiety Disorder.
Gangguan Anxiety banyak memberi kesan kepada penghidapnya, juga orang terdekat. Susah untuk berinteraksi dan meneruskan kehidupan bila mana diri sentiasa dalam keadaan takut, resah dan cemas yang melampau.
Kalau yang bekerja, ia menganggu prestasi kerja. Yang sudah berkahwin, menganggu hubungan suami isteri. Jangka masa panjang anxiety disorder juga boleh membawa kepada Depression.
Dalam kes Puan Zaliha, kita dapat lihat gangguan Anxiety menyebabkan beliau susah menjalani hidup dengan tenang. Urusan harian seperti mandi yang mudah untuk kita, jadi mencabar buat beliau. Tetapi keadaan ini berubah sejak konsisten mengamalkan probiotik.
Apa kaitan probiotik dan anxiety?
Anxiety tidak berkait secara terus dengan probiotik, tetapi anxiety berkait rapat dengan kesihatan usus.
Kesihatan usus manusia pula bergantung kepada kehidupan mikrobiom termasuklah probiotik (bakteria baik) yang hidup di dalam usus manusia.
Usus manusia yang sihat menjadi rumah kepada trillion mikrob antaranya bakteria baik, bakteria jahat, virus dan lain-lain. Pada satu-satu waktu, jumlah bakteria baik perlulah sentiasa mengatasi jumlah bakteria jahat bagi mewujudkan ekosistem yang seimbang dalam usus. Barulah usus kita dikategorikan sebagai sihat!
Dengan itu banyak fungsi tubuh dapat berlangsung dengan baik sebagai contoh sistem imuniti badan, tahap stress seseorang, penghasilan hormon tertentu seperti serotonin dan lain-lain.
Apakah itu hormon serotonin? Serotonin adalah sejenis hormon yang juga dikenali sebagai hormon bahagia dan gembira. Ia berperanan mengawal mood dan tingkah laku seseorang.
Usus sepatutnya menghasilkan 90% hormon serotonin untuk seseorang individu. Bila usus tidak sihat, produksi hormon ini akan terganggu. Kesan hormon serotonin yang tidak mencukupi inilah yang memudahkan seseorang mudah berasa takut dan gagal mengawal keresahan.
Selagi mana kita tidak merawat usus sehingga ia jadi sihat, selagi itulah penghasilan hormon serotonin akan sentiasa bermasalah. Selagi mana serotonin tidak mencukupi, gangguan anxiety akan datang semula dari masa ke masa.
Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan suplemen probiotik dan prebiotik sebagai usaha mewujudkan usus yang sihat. Dengan menambah bakteria baik ke dalam usus, kita sebenarnya menyokong penghasilan hormon serotonin yang mencukupi.
Serotonin cukup, anxiety pun tak datang lagi!
Al Kauthar Agrolab (AKAL) telah mengambil inisiatif menghasilkan Probiotik dan Prebiotik Kaussar sebagai usaha membantu rakayat Malaysia memulihkan kesihatan usus secara menyeluruh.
Dengan 1 cup (25ml) Probiotik setiap hari, seseorang yang menderita gangguan anxiety akan mula meningkatkan semula paras hormon serotonin dirinya. Barulah segala perasaan resah, takut, cemas yang biasa ada berlalu pergi.
Bayangkan kehidupan bahagia Puan Zaliha bebas anxiety itu menjadi kehidupan kita atau orang terdekat? Alangkah gembiranya bila hidup dah tak takut-takut lagi kan?
Cubalah Probiotik dan Prebiotik Kaussar seperti Puan Zaliha. Mungkin ini solusi kepada gangguan anxiety yang anda alami.


398237289_181282528366843_8296731433335679078_n

Produk Berkaitan