Siapa yang ada masalah alergi?

Siapa yang ada masalah alergi? Tak boleh terdedah pada habuk, debunga dan bau asap sikit, auto bersin. Salah makan, auto menggaru! Eh tapi sebelum itu apa maksud alergi sebenarnya?
Alergi ini terma yang kita sering gunakan bila nak menggambarkan reaksi badan pada sesuatu bahan seperti habuk, debunga, asap, kekacang dan bermacam jenis bahan lagi. Kehadiran bahan-bahan pencetus ini dalam persekitaran akan menyebabkan sistem imun badan kita bereaksi serta merta.
Cumanya, kadang sistem imuniti badan over-react walaupun habuk biasa sebenarnya tidaklah membahayakan badan seperti yang disangkakan.
Bila seseorang itu terdedah kepada perkara yang menyebabkan alahan ini, biasanya mereka mudah bersin, hidung jadi tersumbat, gatal-gatal, naik ruam. Kalau yang lebih teruk boleh sampai sesak nafas, anaphylaxis dan ada yang berisiko lebih teruk dan memerlukan rawatan di unit kecemasan hospital serta merta. Ya, bukan boleh buat main alergi ni.
Ada orang yang sejak lahir sensitif kepada bahan terentu. Dan ini boleh kita kesan menerusi pemeriksaan ke atas sampel darah. Tetapi ada juga orang yang dulu-dulu dia tidak alahan teruk, tetapi semakin meningkat usia asyik alahan dan cepat kurang sihat. Haa untuk mereka kategori kedua, artikel ini untuk anda.
Dalam perkembangan kemajuan kesihatan antarabangsa, orang ramai mula mencari penyelesaian kepada masalah alergi ini dari sudut konvensional, holistik dan belajar untuk mencegah reaksi yang keterlaluan ini. Salah satu ikhtiar yang makin meningkat popular adalah menerusi pengambilan probiotik.
Macam mana pula probiotik boleh membantu mereka yang ada alergi kan?
Kita berkenalan dulu dengan probiotik.
Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang bila jumlahnya mencukupi, ia mendatangkan kesan baik pada manusia (host). Probiotik juga sering digelar sebagai bakteria baik kerana peranannya yang membawa manfaat kepada manusia. Biasanya, probiotik boleh diperolehi daripada makanan peram seperti yogurt, sauerkraut, kimchi dan kefir. Tetapi disebabkan pola pemakanan manusia zaman ini, probiotik kini lebih mudah diambil menerusi suplemen probiotik di pasaran. Contohnya, produk Probiotik dan Prebiotik Kaussar.
Usus manusia pula merupakan rumah kepada trillion mikrob yang juga kita gelarkan sebagai flora usus. Bakteria baik adalah antara penghuni ekosistem ini. Ekosistem kompleks ini mempunyai pengaruh yang besar kepada sistem pencernaan, penyerapan nutrien dan vitamin, sistem imun dan juga emosi seseorang.
Sudah menjadi satu kewajipan yang sangat penting untuk kita menjaga kesihatan flora usus ini supaya kita mendapat kesihatan menyeluruh. Probiotik berperanan menjadikan usus sihat dengan cara memastikan ia menjadi bakteria dominan di dalam usus, mengatasi bakteria jahat yang lain.
Macam mana probiotik dikatakan mempengaruhi reaksi alergi?
1.       Pengaruh pada sistem imun badan : Kita semua tahu probiotik di dalam usus mempunyai pengaruh ke atas sistem imun badan. Probiotik dapat menstimulasi penghasilan antibodi tertentu. Antibodi ini yang akan bertindak memerangi patogen dan allergen, seterusnya mencetuskan arahan reaksi pada allergen. Probiotik juga mempengaruhi perembesan cytokines, yakni molekul protein yang memainkan peranan penting ketika sistem imun bekerja. Ia membolehkan tubuh tidak over-react kepada bahan-bahan di persekitaran kita.
2.       Pengaruh pada dinding usus : Dinding usus (gut lining) berperanan menghalang bahan berbahaya termasuklah allergen daripada memasuki saluran darah. Probiotik merangsang menghasilkan mucin (mucus) dan merapatkan lagi ruang antara sel dinding usus. Ia menjadikan usus semakin efektif menghalang bahan yang tidak sepatutnya melepasi dinding usus daripada terlepas ke saluran darah. Kurang risiko bahan begini terlepas masuk, maka kuranglah terjadinya reaksi alahan yang tidak menentu.
3.       Pengaruh kepada dysbiosis usus : Seperti kita sedia maklum, disbiosis usus merujuk kepada ketidakseimbangan mikrob di dalam usus. Dalam keadaan ini, bakteria jahat telah mengatasi jumlah bakteria baik! Ketidakseimbangan ini boleh membawa kepada banyak kesan antaranya termasukan meningkatkan risiko reaksi alergi. Bila kita memasukkan probiotik secara mencukupi ke dalam usus, kita telah secara tidak sedar menyeimbangkan semula populasi dalam usus ini. Bila kesihatan usus bertambah seimbang dan baik, sistem imun akan meningkat semula. Ia menjadi semakin cekap dan aktif mengesan bahan mana yang berbahaya dan tidak berbahaya kepada tubuh. Jadi, badan hanya akan react pada bahan yang betul berbahaya sahaja.
Tak adalah lagi bersin tak tentu hala! Tak ada lagi hidung gatal-gatal, mata berair tak menentu!
Itu sebabnya kami di Kaussar bertindak mengilhamkan produk Probiotik dan Prebiotik Kaussar bagi mengisi keperluan probiotik rakyat Malaysia. Kami mahu rakyat Malaysia consume probiotik secukupnya untuk mengembalikan kesihatan usus.
Kami menggunakan tumbuhan tebu hitam yang diketahui mempunyai pelbagai kebaikan sebagai bahan asas produk kami. Selepas beberapa tahun dalam pasaran, kami telah berjaya membantu lebih 10,000 orang pelanggan. Para pelanggan kami melaporkan kesihatan yang jauh lebih baik setelah mengamalkan probiotik ini buat sekian lama.
Consume probiotik hari ini, tangani reaksi alergi anda dan yang tersayang serta merta.

398218884_181763814985381_2869515719069226618_n


Produk Berkaitan